Ahli

Username
Kata laluan
Remember Me

Search Results: biografi

Biografi Mawaddah

Disiarkan: Nov 30, 2009 oleh huda Filed under: Biografi/Berita Artis Mawaddah



Ini adalah motto sebuah kumpulan yang dianggotai oleh anak-anak muda remaja yang dinamakan Mawaddah. Asalnya, ia satu division dari Persatuan Pelajar Timur Tengah, yang diasaskan di Amman, Jordan. Pada Julai 2002, ia dilancarkan secara rasmi di Brunei Darussalam. Mawaddah menjalankan aktiviti nasyid, motivasi, kaunseling, teater, drama, deklamasi sajak, penerbitan video, video klip, buku, butik pakaian busana Muslim, kosmetik, restoran dsb di Malaysia, Brunei dan Indonesia.

Semua album nasyid Mawaddah boleh didapati di pasaran beberapa negara iaitu Brunei, Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand dan Australia. Sehingga April 2003, penjualan album-album mereka yang terdiri dari Mawaddah Kecil, Mawaddah Putera dan Mawaddah Puteri telah dijual hampir 30 ribu unit

Kekuatan Mawaddah Puteri adalah pada kekuatan vokal penyanyi utamanya, Siti Fatimah Ashaari dan Khaulah Ashaari. Lagu-lagunya membawa mesej ketuhanan, yang menggandingkan 4 kekuatan utama, lirik & mesej, lagu, vokal dan penampilan.

Apabila ditanyakan kepada Fatimah, apakah cabaran dan ujian yang terpaksa ditempuh oleh kumpulan Mawaddah, beliau menjawab “Perkara yang paling susah sekali ialah untuk berhadapan dengan PUJIAN orang. Bagi kami, kejian orang bukan satu masalah, malah disitulah dapat menebalkan rasa kehambaan. Rasa hamba itulah yang mesti dibawa kemana-mana. Sebab itu pujian manusia lebih kami bimbang dari kejian orang. Sebagai penghibur, kita mestilah merasakan diri kita ini hanyalah alat untuk menyampaikan risalah Tuhan”

Rizal ( Mawaddah Putera) diajukan soalan – Mengapakah dipilih motto persatuan ini, Cintai Tuhan, Sayangi Manusia?

” Manusia sebagai khalifah adalah wakil Tuhan. Sebagai wakil Tuhan dan orang Tuhan ( Rijalullah), sudah tentu manusia itu akan mempromosikan dan memperjuangkan Tuhan. Tuhan telah sediakan kita dengan bakat dan watak masing-masing.Dengan anugerah dalam bidang seni ini, moga-moga ia menjadi amal soleh untuk kami, bukan mencari glamour dan keuntungan duniawi.

Untuk membawa masyarakat kepada Tuhan, seorang penghibur mesti menjadi model kepada masyarakat. Baik diri kita, baiklah masyarakat. Begitulah sebaliknya.

Seorang penasyid itu mestilah kemas ibadahnya serta kuat hubungan dengan Tuhan, barulah dia dapat lebih kenal dan cinta Allah serta membawa manusia lain kepada Allah , insyaAllah”


Sumber: mawaddah.com.my



Biografi Opick

Disiarkan: Nov 26, 2009 oleh huda Filed under: Biografi/Berita Artis Opick


Lengkapnya Aunur Rofiq Lil Firdaus atau lebih dikenal dengan nama Opick, lahir di Jember, Jawa Timur, 16 Maret 1974. Ia adalah seorang pencipta lagu dan penyanyi pop religius. 

Pria yang mengaku pernah memiliki band yang membawakan lagu-lagu rock itu, telah menelurkan album pertamanya, Istighfar yang dirilis tahun 2005. Lagu utama yang paling terkenal ialah Tombo Ati, Takdir, Alhamdulillah dan Astaghfirullah.

Album berikutnya berjudul Semesta Bertasbih (2006) di mana dalam album tersebut terdapat sepuluh lagu, di antaranya Taqwa, Irhamna, akdir, Teranglah Hati, 25 Nabi, Semesta Bertasbih, Bismillah, Satu Rindu, Buka Mata Buka Hati dan Ya Rasul. Sebagai lagu hit dalam album tersebut adalah Takdir yang dinyanyikannya bersama Melly Goeslaw.

Berikutnya Opick merilis album Ya Rahman (2007), dengan lagu populernya Taubat. Sementara sebelas lagu lainnya di antaranya,Assalamu'alaikum, Rapuh, Pewaris Surga, Mendambamu, Haji, dan lain-lain.

Opick kembali meluncurkan album religi pada 2008 dengan judulCAHAYA HATI dengan lagu pilihan, Cahaya Hati. Album ini berisi 10 lagu, diantaranya, Hanya Allah, Ya Nabi Salam, Alangkah Indahnya, Cinta Setulus Jiwa, Hamba-Hamba Allah, Ketika Cinta, Allah Ya Nur, Tuhan Lindungilah, serta Ramadhan Tiba.

Menjelang bulan Ramadhan, tepatnya Juni 2009, Opick kembali ke studio rekaman untuk merekam album terbarunya yang diberi judulMAHA MELIHAT. Sebagai langkah awal, ia akan melepas single Maha Melihat yang dinyanyikan duet dengan Rachel Amanda. Single ini pula dijadikan theme song sinetron MANOHARA.

Sumber: KapanLagi


Page 2 of 2