Ini adalah motto sebuah kumpulan yang
dianggotai oleh anak-anak muda remaja yang dinamakan Mawaddah. Asalnya,
ia satu division dari Persatuan Pelajar Timur Tengah, yang diasaskan di
Amman, Jordan. Pada Julai 2002, ia dilancarkan secara rasmi di Brunei
Darussalam. Mawaddah menjalankan aktiviti nasyid, motivasi, kaunseling,
teater, drama, deklamasi sajak, penerbitan video, video klip, buku,
butik pakaian busana Muslim, kosmetik, restoran dsb di Malaysia, Brunei
dan Indonesia.
Semua album nasyid Mawaddah boleh didapati
di pasaran beberapa negara iaitu Brunei, Malaysia, Indonesia,
Singapura, Thailand dan Australia. Sehingga April 2003, penjualan
album-album mereka yang terdiri dari Mawaddah Kecil, Mawaddah Putera
dan Mawaddah Puteri telah dijual hampir 30 ribu
unit
Kekuatan Mawaddah Puteri adalah pada
kekuatan vokal penyanyi utamanya, Siti Fatimah Ashaari dan Khaulah
Ashaari. Lagu-lagunya membawa mesej ketuhanan, yang menggandingkan 4
kekuatan utama, lirik & mesej, lagu, vokal dan
penampilan.
Apabila ditanyakan kepada Fatimah,
apakah cabaran dan ujian yang terpaksa ditempuh oleh kumpulan Mawaddah,
beliau menjawab “Perkara yang paling susah sekali ialah untuk
berhadapan dengan PUJIAN orang. Bagi kami, kejian orang bukan satu
masalah, malah disitulah dapat menebalkan rasa kehambaan. Rasa hamba
itulah yang mesti dibawa kemana-mana. Sebab itu pujian manusia lebih
kami bimbang dari kejian orang. Sebagai penghibur, kita mestilah
merasakan diri kita ini hanyalah alat untuk menyampaikan risalah
Tuhan”
Rizal ( Mawaddah Putera) diajukan soalan –
Mengapakah dipilih motto persatuan ini, Cintai Tuhan, Sayangi
Manusia?
” Manusia sebagai khalifah adalah wakil
Tuhan. Sebagai wakil Tuhan dan orang Tuhan ( Rijalullah), sudah tentu
manusia itu akan mempromosikan dan memperjuangkan Tuhan. Tuhan telah
sediakan kita dengan bakat dan watak masing-masing.Dengan anugerah
dalam bidang seni ini, moga-moga ia menjadi amal soleh untuk kami,
bukan mencari glamour dan keuntungan
duniawi.
Untuk membawa masyarakat kepada Tuhan,
seorang penghibur mesti menjadi model kepada masyarakat. Baik diri
kita, baiklah masyarakat. Begitulah
sebaliknya.
Seorang penasyid itu mestilah kemas
ibadahnya serta kuat hubungan dengan Tuhan, barulah dia dapat lebih
kenal dan cinta Allah serta membawa manusia lain kepada Allah ,
insyaAllah”
Sumber: mawaddah.com.my
for mawaddah...good. saya simpati dgn nasyid group ini. saya juga rasanya ingin ikut bergabung jikalau ada ksempatan :-)
assalamualaikum..lame sy crik lik lagu trima kasih tuhan,bwu sy jmpe..da brkurun sbb dlu sy dgr lgu 2 time drjh3.bpe ek umur kak fatim skrg?
mke kak fatim xtumpah cam mke akak naqibah BADAR skola sy..SAMRAWANG,s'gor.
sory ea kak asna klo tbace komen sy..=P =)
bkn ke mawaddah tukar2 org slalu??
congratez mawaddah..may all ur effort be bless by HIM..