Alhamdulillah setelah sebulan
Nasyid Online melancarkan Fan di Facebook, fans
Nasyid Online sudah melebihi 1000 orang. Unique visitor
Nasyid Online sekarang juga melebihi 250 setiap hari. Semoga
Nasyid Online dapat memberikan manfaat kepada pengunjung sekalian.
Perjalanan Nasyid Online
Nasyid Online mula dibina pada akhir tahun 2008, bertujuan mengumpulkan nasyid-nasyid dari seluruh dunia sebagai hiburan untuk pengunjung semua. Di samping itu,
Nasyid Online juga menyajikan video bacaan Al Quran khas untuk pengunjung dan juga animasi, khas untuk kanak-kanak.
Selepas hampir setahun
Nasyid Online beroperasi, salah seorang pengunjung
Nasyid Online, Ikzat telah mencadangkan supaya diletakkan filem "Sang Murabbi" . Oleh itu kami mula menambahkan kategori filem. Kami mula berfikir bahawa
Nasyid Online tidak sepatutnya hanya menghadkan pengunjung kepada nasyid dan Al Quran kerana ilmu dan pengajaran itu boleh didapati dengan pelbagai medium. Dari situlah sedikit demi sedikit kategori yang menarik ditambah iaitu Dokumentari, Ceramah, English Talk, Hero Islam, Motivasi, English TV, Rancangan Kanak-kanak, Turn to Islam, Palestine dan terbaru ialah Poetry. Kategori Poetry ditambah apabila salah seorang pengunjung
Nasyid Online, Maisarah mencadangkan untuk diletakkan video-video Boonaa Muhammed.
Setakat ini
Nasyid Online dikendalikan oleh 3 orang iaitu Webmaster, Pembantu Webmaster dan Moderator(cunnest18). Bagi memastikan pengunjung mendapat yang terbaik, kami sentiasa update video dan juga website. Namun pengetahuan kami adalah terbatas, jadi kami sangat mengalu-alukan pengunjung sekalian untuk mencadangkan apa-apa video yang dirasakan sesuai untuk diletakkan dalam
Nasyid Online. Semua ini adalah untuk dikongsi bersama. Selain itu kami juga mengalu-alukan pengunjung sekalian untuk memberikan cadangan bagi meningkatkan laman ini. Sebagai penghargaan, kami akan meletakkan link blog anda jika diingini.
Selanjutnya, lihat di sini
Masalah Website
Seperti website-website yang lain,
Nasyid Online juga tidak lari dari masalah-masalah teknikal yang memerlukan masa untuk diselesaikan. Antara masalah yang dihadapi sekarang ialah:
- Playlist yang tidak boleh dimainkan secara automatik
- Masalah email
- Video yang kadang-kadang tidak dapat dimainkan
Link to Us
Kami sangat mengalukan jika anda meletakkan link
Nasyid Online ke blog/website anda untuk dikongsi bersama yang lain. Code boleh di lihat
di sini.