Assalamualaikum w.b.t
Melihat carta nasyid di website ini, tidak dapat dinafikan lagu-lagu Maher Zain sememangnya sangat diminati ramai. Walaupon baru 8 bulan diletakkan dalam website ini, 3 beliau telah berada dalam top 10 carta Nasyid-Online.com.
Nasyid Baraka Allahu Lakuma berada di Nasyid-Online.com sejak 6 bulan yang lalu tetapi telah berjaya menjadi video paling banyak dimainkan.
Ini pula adalah carta nasyid untuk minggu ini sahaja. Sunggu menakjubkan kerana kesemua lagu Maher Zain berada dalam carta tertinggi.
Lagu-lagu Maher Zain bukan sahaja sangat sedap didengar, namun mempunyai makna yang sangat dalam untuk dihayati. Semoga beliau terus mengeluarkan lagu-lagu yang berkualiti tinggi untuk semua lapisan masyarakat.