Ahli

Username
Kata laluan
Remember Me

Berita

1000 Fans dan Perjalanan Nasyid Online

Disiarkan: May 1, 2010 oleh huda Filed under: Berita
Alhamdulillah setelah sebulan Nasyid Online melancarkan Fan di Facebook, fans Nasyid Online sudah melebihi 1000 orang. Unique visitor Nasyid Online sekarang juga melebihi 250 setiap hari. Semoga Nasyid Online dapat memberikan manfaat kepada pengunjung sekalian.

Perjalanan Nasyid Online

Nasyid Online mula dibina pada akhir tahun 2008, bertujuan mengumpulkan nasyid-nasyid dari seluruh dunia sebagai hiburan untuk pengunjung semua. Di samping itu, Nasyid Online juga menyajikan video bacaan Al Quran khas untuk pengunjung dan juga animasi, khas untuk kanak-kanak. 

Selepas hampir setahun Nasyid Online beroperasi, salah seorang pengunjung Nasyid Online,  Ikzat telah mencadangkan supaya diletakkan filem "Sang Murabbi" . Oleh itu kami mula menambahkan kategori filem. Kami mula berfikir bahawa Nasyid Online tidak sepatutnya hanya menghadkan pengunjung kepada nasyid dan Al Quran kerana ilmu dan pengajaran itu boleh didapati dengan pelbagai medium. Dari situlah sedikit demi sedikit kategori yang menarik ditambah iaitu Dokumentari, Ceramah, English Talk,  Hero Islam, Motivasi, English TV, Rancangan Kanak-kanak, Turn to Islam, Palestine dan terbaru ialah Poetry. Kategori Poetry ditambah apabila salah seorang pengunjung Nasyid Online, Maisarah mencadangkan untuk diletakkan video-video Boonaa Muhammed.  

Setakat ini Nasyid Online dikendalikan oleh 3 orang iaitu Webmaster, Pembantu Webmaster dan Moderator(cunnest18). Bagi memastikan pengunjung mendapat yang terbaik, kami sentiasa update video dan juga website. Namun pengetahuan kami adalah terbatas, jadi kami sangat mengalu-alukan pengunjung sekalian untuk mencadangkan apa-apa video yang dirasakan sesuai untuk diletakkan dalam Nasyid Online. Semua ini adalah untuk dikongsi bersama. Selain itu kami juga mengalu-alukan pengunjung sekalian untuk memberikan cadangan bagi meningkatkan laman ini. Sebagai penghargaan, kami akan meletakkan link blog anda jika diingini. Selanjutnya, lihat di sini

Masalah Website
Seperti website-website yang lain, Nasyid Online juga tidak lari dari masalah-masalah teknikal yang memerlukan masa untuk diselesaikan. Antara masalah yang dihadapi sekarang ialah:
- Playlist yang tidak boleh dimainkan secara automatik
- Masalah email
- Video yang kadang-kadang tidak dapat dimainkan

Jika ada masalah-masalah yang lain, silalah emailkan kami ke webmaster[at]nasyid-online[dot]com

Link to Us
Kami sangat mengalukan jika anda meletakkan link Nasyid Online ke blog/website anda untuk dikongsi bersama yang lain. Code boleh di lihat di sini.

Peluang tambah link web anda.

Disiarkan: Jan 12, 2010 oleh huda Filed under: Berita

Assalamualaikum

Terima kasih kepada semua pengunjung yang tidak jemu-jemu melayari Nasyid-Online.com

Pihak Nasyid-Online.com ingin membuka ruang kepada anda untuk meletakkan link blog/website anda ke dalam Nasyid-Online.com.

Link blog/website anda dapat dilihat di sini.

Blog/Website yang berbentuk jana wang atau kedai online tidak akan diterima buat masa ini.

Caranya sangat mudah dengan menggunakan Cara Pertama atau Kedua

Cara Pertama

Anda hanya perlu memberikan sekurang-kurangnya 5 idea kepada Nasyid-Online untuk meningkatkan website  dalam kategori berikut:

  1. Nama penceramah samada dari Malaysia, Indonesia, atau negara-negara lain.
  2. Nama motivator
  3. Tajuk filem berunsur keinsafan
  4. Tajuk dokumentari
  5. Tajuk animasi
  6. Nama kumpulan nasyid dari seluruh dunia
  7. Nama tokoh-tokoh Islam
  8.  Kategori-kategori yang sesuai ditambah dalam Nasyid-Online.com


Kesemua perkara di atas boleh diterima dalam bahasa Melayu, Inggeris atau bahasa lain yang mempunyai sari kata dalam bahasa Melayu atau Inggeris.

Cadangan anda boleh dihantar ke webmaster[at]nasyid-online[dot]com

Perkara yang perlu di emailkan:

- Cadangan yang masih belum ada dalam Nasyid Online

- Nama Blog/Website

-  Link Blog/Website

- Butiran pendek mengenai blog dalam 1 ayat.

Setelah link anda dimasukkan ke dalam Nasyid-Online.com, kami akan memberitahu anda melalui email.


Cara Kedua

Anda hanya perlu mencadangkan sekurang-kurangnya  10 video dalam mana-mana kategori berikut:

  1. Nasyid
  2. Ceramah
  3.  Motivasi
  4.  Filem
  5.  Animasi
  6. Dokumentari
  7. Tokoh-tokoh Islam

 
Tutorial mencadangkan video boleh dilihat
di sini

Setelah anda mencadangkan video tersebut, sila
emailkan link blog/website anda  ke webmaster[at]nasyid-online[dot]com

Perkara yang perlu di emailkan:

- User dalam Nasyid-Online.com

- Nama Blog/Website

-  Link Blog/Website

- Butiran pendek mengenai blog dalam 1 ayat.


Setelah link anda dimasukkan ke dalam Nasyid-Online.com, kami akan memberitahu anda melalui email.

Kami juga amat mengalu-alukan sekiranya anda ingin meletakkan link Nasyid Online ke dalam blog/website anda. Codenya boleh dilihat di sini.

Kerjasama anda semua sangat kami hargai :)




Menaik taraf Website

Disiarkan: Nov 19, 2009 oleh huda Filed under: Berita
Alhamdulillah kami telah pon menaik taraf website ini supaya lebih mudah digunakan oleh semua. Antara perubahan pada versi baru adalah:

1) Video dapat dimain dengan lebih mudah
2) Artikel yang memuatkan tutorial untuk pengunjung, biografi artis dan berita-berita Nasyid Online
3) Sistem komen yang lebih menarik
4) Sistem sub kategori yang lebih kemas

Dengan ini kami berharap pengunjung-pengunjung lebih seronok melayari Nasyid Online. Insha Allah


Page 1 of 1